Perbuatan keji Di Innit !!!

Salam para master dan para sahabat blogger sekalian. Semoga anda semua dalam keadaan sihat walafiat hendak nya.

Entahlah Chris pun tak tahu nak cakap apa lagi, ini kali pertama artikel Chris di Innit di sabotaj. Dulu tu ada juga Chris baca artikel dari Bro Mynadi yang Berjudul "Dedah blogger dengki di Innit" rupa-rupanya memang benar apa yang di tuliskan dalam entry tersebut.

Para Inniters tentu masih ingat artikel yang bertajuk “Gadis Oman Berbogel di Bandaraya Miri” yang Chris submit di Innit semalam. Pada kira jam 10 pagi tadi (21 julai) artikel tersebut menduduki tempat kedua di Innit featured post dengan mendapat 24 nanged di belakang artikel bro Shakido yang memperolehi 26 nanged pada waktu tu. Pukul 11 tadi Chris log in balik ke innit nuffnang Chris terkejut rupa-rupanya post tersebut telah hilang di telan bumi. Pada firasat Chris mungkin ada yang melaporkan ke pihak Nuffnang mungkin kerana judul tersebut mengandungi unsur-unsur 18sx. Tapi kenapa Chris yang menrima bencana sebegini, sedangkan berlambak lagi artikel yang berunsur 18sx di Innit pada masa kini ???

Sebenarnya Chris tak nak menyalahkan sesiapa dalam hal ini apalagi nak membalas dendam, kerana semua ini Chris akan jadikan pengalaman manis dalam dunia blogging . Walau tanpa visitor dari Innit hari ini, tak bermakna blog chris sepi dari pengujung masih lagi ada visitor dari search engine,facebook dan laman web refferal yang lain yang masih setia membaca blog buruk Chris ini.

Buat para Inniters semua, kalau nak artikel anda popular di Innit, rajin-rajin kan menanged artikel orang lain, jangan ada rasa cemburu contohnya, kalau saya nang artikel orang lain, nanti artikel orang itu pulak yang popular, habis artikel saya macam mana? Jangan tanam kan sifat yang sebegitu. kerana dari pengalaman Chris sendiri, Chris rajin nang artikel blogger lain , dan sedikit sebanyak orang yang dah kita nanged tadi akan balas nang artikel kita pulak. Tengok macam contoh blogger popular di Innit seperti Bro Nal, Kid, Karla,David Tan dan ramai lagi, mereka ini ringan tangan untuk checked and nanged artikel di Innit, jadi hampir setiap hari post mereka akan berada di Innit featured posts. Jangan jadi macam sesetengah orang asyik submit post di ruangan chat dan mengharapkan orang sahaja yang nangs artikel dia, dan kalau melihat post orang lain popular mula lah iri hati menguasi minda... Lu fikir lah sendiri


No comments

Blog ini Dofollow dan Auto Approve Sila tinggalkan komen anda untuk mendapatkan back link PERCUMA atau baca "Syarat Mendapatkan Backlink " untuk keterangan lanjut

Powered by Blogger.