Ikan Tapah Terbesar



Tahukah anda "TASIK EMPANGAN BAKUN" adalah Tasik buatan manusia terbesar di Asia Tenggara. Apa yang menariknya air di tasik empangan bakun jernih kebiruan.

Di kelilingi oleh hutan belantara Hujan Tropika yang tertua di dunia sememangnya menyimpan seribu misteri khazanah alam.Tasik dan hutan disini sesungguhnya amat sesuai untuk sang pencinta alam semulajadi dan kesegaran asli.

Apabila terbentuknya tasik yang luas sebesar Negara Singapura ini, maka hidupan dan ekosistem didalamnya sudah pasti berubah mengikut kesesuai persekitaraanya.

Apa yang menariknya di dalam tasik ini dihuni oleh perbagai spesis ikan seperti ikan tapah yang dikatakan .

Kredit to: Kamek Miak Sarawak

tandatangan
Description: Ikan Tapah Terbesar Rating: 5.0 Reviewer: Christie Salin ItemReviewed: Ikan Tapah Terbesar
READ MORE - Ikan Tapah Terbesar

Skim Rumah Mampu milik Swasta (MyHome)


Kira-kira 10,000 individu berpendapatan sederhana bakal menikmati bantuan kewangan maksimum RM30,000 menerusi Skim Perumahan Mampu Milik Swasta (MyHome).

Menerusi skim yang bakal dilaksana pada April, pembeli yang layak boleh menggunakan bantuan itu sebagai wang pendahuluan untuk membeli rumah.

Skim MyHome adalah insentif kepada pemaju perumahan untuk mendorong mereka membina lebih banyak rumah kos sederhana rendah.

Cara pembayaran Skim MyHome.
Bayaran insentif RM30000 daripada harga rumah akan dibayar kepada pemaju secara upfront melalui skim MyHome ini dan baki harga rumah akan dibiayai sendiri oleh pembeli.

Pembayaran RM30000 ini adalah termasuk bayaran deposit sebanyak 10% kepada pembeli apabila surat perjanjian jual beli ditanda tangani.

Syarat-syarat kelayakan
Warganegara Malaysia.
Berumur 18 tahun ke atas.
Pembeli rumah pertama.
Permohonan satu (1) unit rumah kepada setiap isi rumah.
Pendapatan isi rumah:

MyHome 1 : RM3000 – RM4000
MyHome 2 : RM4001 – RM6000

Ciri-ciri rumah mampu milik di bawah Skim MyHome

Rumah-rumah yang dibina di bawah Skim MyHome dilengkapi dengan 3 bilik tidur dan 2 bilik air.

Projek di bawah Skim MyHome perlu disediakan dengan kemudahan-kemudahan asas seperti tempat letak kenderaan, dewan, surau dan taman permainan.

Moratorium yang perlu dipatuhi oleh pembeli rumah yang layak
Tempoh moratorium dikenakan selama 10 tahun.

Syarat moratorium dimasukkan dalam surat tawaran kepada pembeli, Surat Perjanjian Jual Beli dan dokumen hakmilik tanah (di bawah sekatan kepentingan).

Tempoh moratorium dikira bermula selepas Surat Perjanjian Jual Beli ditandatangani.

Pindah milik/jualan kepada ahli keluarga terdekat seperti suami/isteri/anak dibenarkan.

Cara memohon
Permohonan dibuka kepada orang ramai yang menepati syarat-syarat yang ditetapkan melalui cara-cara berikut :

Permohonan atas talian di http://ehome.kpkt.gov.my/
Muat turun borang (download) di laman web Jabatan Perumahan Negara (JPN), KPKT (link borang ada dibawah)
Mengambil borang di Bahagian Perumahan, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri.
Borang yang telah lengkap diisi hendaklah dikembalikan kepada JPN di alamat yang berikut:

Tirnbalan Ketua Pengarah(Pembangunan)
Jabatan Perumahan Negara, Kementerian Kesejahteraan Bandar,
Perumahan Dan Kerajaan Tempatan Aras 34, No. 51,
Persiaran Perdana Presint 4,
62100 Putrajaya
Telefon: 03-8000 8000 Faks : 03-8891 4227

Klik untuk Pendaftaran secara online Skim MyHome
http://myhome.kpkt.gov.my/myhome/index.php/daftarpengguna

Klik untuk Download borang permohonan Skim MyHome
http://ehome.kpkt.gov.my/myhome/Borang_MyHome_Pembeli.pdf

tandatangan
Description: Skim Rumah Mampu milik Swasta (MyHome) Rating: 5.0 Reviewer: Christie Salin ItemReviewed: Skim Rumah Mampu milik Swasta (MyHome)
READ MORE - Skim Rumah Mampu milik Swasta (MyHome)

Mayat tiga beranak mati dibunuh dibedah siasat



Bedah siasat ke atas mayat tiga beranak yang mati dibunuh di Pulau Li Hua Jumaat lepas telah dijalankan di bilik mayat Hospital Sibu pada jam 11.10 pagi, semalam.

Tiga beranak yang mati itu ialah Ling Yung Ming, 40, anak perempuannya Christine Tiang Soon Ai, 14 dan seorang anak lelaki, Victor Tiang Soon Heng, 2. Yung Ming dan dua anaknya itu akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Cina di Bukit Aup di sini pada Khamis ini iaitu sama tempat dengan adiknya iaitu Ling Tong Hock, ibunya Leong Nyuk Lan dan dua anak Tong Hock, David Ling dan Amy Ling yang mati dibunuh di Jalan RTM pada 3 Januari tahun lalu.

Sehingga berita ini ditulis petang semalam, keputusan bedah siasat ketiga-tiga mayat itu masih belum diketahui. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sibu ACP Shafie Ismail berkata pihaknya kini giat menjalankan siasatan terhadap Yung Ming sama ada terlibat dalam rancangan membunuh diri bersama suspek iaitu suaminya, Tiang Lee Yee, 43. “Kami akan melakukan siasatan daripada pelbagai sudut dan berdasarkan bahan bukti yang ada. “Suspek juga ada memaklumkan kepada pihak kami bahawa isterinya turut merancang bersamanya untuk membunuh diri mereka dan keluarga akibat bebanan hutang seperti yang dilaporkan oleh anaknya yang masih hidup iaitu Tiang Soon Thai, 17,” katanya.

Bagaimanapun, Shafie berkata keputusan siasatan masih belum diketahui lagi dan segala kebenaran masih lagi belum terjawab dan pihaknya giat menjalankan siasatan. “Saya meminta orang ramai jangan membuat sebarang andaian kerana pihak polis masih menjalankan siasatan. “Banyak andaian telah dibuat orang ramai sebelum ini dan ia dibimbangi akan mengganggu siasatan. “Selagi kami menjalankan siasatan, apa-apa spekulasi mengenai kes adalah dianggap tidak benar,” tegasnya.

Mengenai notis bunuh diri yang ditemui, beliau berkata, ia akan dihantar ke Cawangan Khas Polis Diraja Malaysia untuk diterjemahkan. “Ini kerana notis itu ditulis dalam bahasa Cina,” katanya.

Sumber: Borneo Post


tandatangan
Description: Mayat tiga beranak mati dibunuh dibedah siasat Rating: 5.0 Reviewer: Christie Salin ItemReviewed: Mayat tiga beranak mati dibunuh dibedah siasat
READ MORE - Mayat tiga beranak mati dibunuh dibedah siasat

Wanita hamil 6 bulan ditangkap khalwat


TEMERLOH – Seorang wanita yang hamil enam bulan ditahan selepas disyaki berkhalwat dengan seorang penjawat awam dalam serbuan Pejabat Agama Islam Daerah (Paid) ke atas sebuah rumah sewa di Taman Temerloh Jaya di sini malam kelmarin.

Wanita terbabit yang datang dari sebuah negeri utara tanah air bersama dua anak lelakinya bermalam di rumah lelaki terbabit yang didakwa sebagai sepupunya. Wanita berusia 27 tahun itu membawa bersama dua anak lelaki berusia tujuh dan empat tahun ketika ditangkap bersama pasangannya yang berusia 30 tahun.

Paid melakukan serbuan ke atas rumah lelaki terbabit selepas menerima aduan awam. Wanita terbabit mendakwa berkunjung ke rumah ibu saudaranya di Bera dan bermalam di rumah lelaki terbabit hanya untuk semalaman dan akan pulang keesokan harinya.

Wanita terbabit yang masih bersuami mendakwa ibunya tahu dia bermalam di rumah lelaki terbabit tetapi suaminya tidak tahu. Lelaki terbabit yang berasal dari Kelantan mengaku mengahwini sepupu kepada wanita yang ditahan dan telah bercerai Disember tahun lalu. Kedua-duanya ditahan awal pagi kelmarin dan diambil keterangan sebelum tindakan lanjut ke atas pasangan terbabit. -SH


 tandatangan

Description: Wanita hamil 6 bulan ditangkap khalwat Rating: 5.0 Reviewer: Christie Salin ItemReviewed: Wanita hamil 6 bulan ditangkap khalwat
READ MORE - Wanita hamil 6 bulan ditangkap khalwat

3 Ditahan Rogol Atlet Wanita Sukma


SERDANG- Tiga atlet bola baling, berumur antara 18 dan 19, telah ditahan berhubung kes rogol rakan sepasukan daripada skuad wanita. Ketiga-tiga remaja itu ditahan sehari selepas mangsa membuat laporan polis pada Rabu.

Timbalan Ketua Polis Daerah Serdang, Supt Lam Chin Fei berkata, ketiga-tiga remaja lelaki itu ditahan reman sehingga 11 Julai ini bagi membantu siasatan. “Kami mengklasifikasikannya mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol. “Mereka boleh berhadapan dengan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan jika disabitkan kesalahan,” katanya.

Gadis itu yang berumur 19 tahun, yang mengambil bahagian dalam Sukan Malaysia (Sukma), mendakwa dia dirogol di perkampungan sukan di Universiti Putra Malaysia (UPM) pada 3 Julai. Gadis itu mendakwa telah keluar minum dengan beberapa rakan sepasukan pada malam dia didakwa dirogol.

Perkara seterusnya yang disedarinya apabila dia berbogel dan ditindih oleh seorang lelaki pada kira-kira pukul 4 pagi. Dia mendakwa dirinya berada dalam keadaan separuh sedar apabila ketiga-tiga remaja itu merogolnya secara bergilir. DSP Lam menggesa sesiapa yang mempunyai maklumat mengenai kes itu supaya menghubungi hotline polis di 03-2052 9999 



tandatangan
Description: 3 Ditahan Rogol Atlet Wanita Sukma Rating: 5.0 Reviewer: Christie Salin ItemReviewed: 3 Ditahan Rogol Atlet Wanita Sukma
READ MORE - 3 Ditahan Rogol Atlet Wanita Sukma

Menarik Di Sini