Hantu Pemburu Kepala di Miri???

Gambar Hiasan

Sejak tular nya “Rakaman Audio” seorang wanita di media social berkenaan dengan konon nya hantu sedang memburu mangsa disekitar Sarawak terutamanya di Miri, maka heboh kebanyakan nitizen dan tidak kurang juga yang mempercayai .

Menurut rakaman tersebut, kononnya si hantu berkenaan menasihati agar memakai pakaian berwarna merah agar hantu ini mengenali mereka dan dapat membezakan mana yang babi ataupun manusia.

Ternyata rakaman tersebut banyak mempengaruhi penduduk terutama disekitar bandaraya Miri  sehingga ada diantara mereka membeli peralatan berwarna merah seperti gelang tangan, kain merah dan lain-lain kerana takut akan cerita tersebut benar berlaku.

Bukan baru bagi masyarakat diMiri dimomokan dengan berita sedemikian, terdahulu pernah heboh cerita hantu konon nya mencari darah manusia, sehingga penduduk-penduduk meletakan “duri limau” dipintu kediaman masing-masing supaya hantu berkenaan takut.

Bagi admin bukan tak nak percaya, tetapi cerita seumpama itu adalah karut belaka, itu adalah cara iblis berkerja menghasut manusia yang iman nya nipis. Saya percaya jika sesorang itu punya iman kepada Tuhan cerita sebegitu tidak akan memesongkan akidah mereka. Kita manusia ini dicipta sangat istimewa dimata Tuhan dan dia telah memberikan kita kuasa diatas semua mahluk dibumi ini dan secara automatik Tuhan juga memberikan kita kuasa didalam NAMA NYA untuk mengusir roh-roh iblis dan roh jahat.

Cuba kita lihat ayat Alkitab dibawah ini:

1Yohanes ayat 4 & 5
4:4 Kamu berasal dari Allah, anak-anakku, dan kamu telah mengalahkan nabi-nabi palsu itu; sebab Roh yang ada di dalam kamu, lebih besar dari pada roh yang ada di dalam dunia.
4:5 Mereka berasal dari dunia; sebab itu mereka berbicara tentang hal-hal duniawi dan dunia mendengarkan mereka.

Nah.. ada yang masih ragu lagi akan keimanan mereka??


tandatangan

No comments

Blog ini Dofollow dan Auto Approve Sila tinggalkan komen anda untuk mendapatkan back link PERCUMA atau baca "Syarat Mendapatkan Backlink " untuk keterangan lanjut

Powered by Blogger.