ABUN SUI CALON PKR N66 MURUM


Seorang lagi calon berwibawa yang ingin Admin perkenalkan kali ini adalah tidak bukan iaitu seorang peguam yang selama ini telah berjuang mempertahankan Hak asasi manusia yang telah banyak memenangkan kes tanah-tanah NCR penduduk peribumi menentang syarikat-syarikat yang rakus merampas hak adat bumiputera di Sarawak tidak lain tidak bukan iaitu saudara Abun Sui Anyit calon PKR N66 Murum.

Abun Sui Anyit merupakan seorang peguam lulusan dari UiTM yang merupakan anak jati Belaga. Selain bergiat aktif dalam politik dan bidang guaman, Sdr Abun jugak terkenal dengan sikap mesra, sukakan keindahan flora dan fauna, serta tidak pernah lupa akan identiti beliau selain taat pada agama.

"Hampir seluruh kawasan tanah adat rakyat N.66 Murum telah dijual kepada syarikat balak dan perladangan oleh BN. Kini masa election BN turut bertanding di Murum. BN minta sokong/undi untuk dapat kuasa dan nanti guna kuasa itu rampas tanah rakyat dan jual kepada company. Jika rakyat Murum mahu tanah adat selamat undilah PKR. Kalau masih undi BN lagi tanah adat tidak akan selamat kerana tanah hak adat kita rakyat akan hilang dijual BN. Undi BN tanah adat dirampas dan dijual. Undi PKR tanah adat dibela."

*sumber dipetik dari Facebook rasmi Abun Sui Anyit*

Kepada penduduk di N66 Murum Sudah tiba masanya untuk anda memikirkan wakil rakyat yang terbaik untuk mewakili suara kita. DUN MURUM yang merangkumi sebahagian daerah belaga dan juga daerah Tubau pasti mengimpikan seorang wakil rakyat yang berjiwa pejuang dan juga parti yang berani memperjuangkan nasib rakyat.

 #ABUN4MURUM

Sekian terima kasih


 tandatangan


No comments

Blog ini Dofollow dan Auto Approve Sila tinggalkan komen anda untuk mendapatkan back link PERCUMA atau baca "Syarat Mendapatkan Backlink " untuk keterangan lanjut

Powered by Blogger.