Isu semasa, krisis, skandal !!


Salam sejahtera kepada pembaca setia blog ini, Lama sudah blog ini tidak diupdate dengan entry terbaru. Sebenarnya admin sibuk kebelakangan ini sehingga blog ini agak terabai. Namun hari ini kerinduan untuk menulis semula meluap-luap meskipun idea masih kosong untuk memikirkan apakah inti entry yang akan dibangkitkan.

Oh ya.. semenjak dua menjak ini terlalu banyak isu-isu yang terjadi di sekeliling kita daripada isu GST, krisis ekonomi, skandal 1MDB, Pemecatan TPM dan banyak lagi isu-isu semasa yang tidak mampu admin sebutkan disini.

Isu yang terbaru sekarang ini seperti yang pembaca semua sudah maklum iaitu skandal RM2.67 billion yg berada didalam akaun PM kita. Admin tidak mahu mengulas tentang perkara ini kerana kes tersebut telahpun diserahkan kepada badan-badan profesional untuk menyiasat dan hasil daripada siasatan mendakwa wang berkenaan adalah diderma oleh seorang yang begitu mulia, bermurah hati dan tinggi akhlaknya yang berasal dari Asia Timur. Namun banyak juga terdengar suara sumbang diluar sana menidakkan hasil dari siasatan tersebut, tapi bagi admin walau apa jua keputusan sebagai rakyat biasa yang tak punya apa-apa terpaksalah meredhakan diri.

Walau apa pun isu -isu atau krisis yang melanda disekeliling atau negara kita am nya sebagai manusia biasa hidup ini harus diteruskan. Belajar lah untuk terus memajukan diri dan keluarga !!


 tandatangan

No comments

Powered by Blogger.