PEDAS Press Conference Majlis Makan Malam Pra Gawai

PEDAS Organising Chairman Mr. Beginda Minda hand over invitation & dinner ticket to ADUN Pujut YB Fong Pau Teck
 

Kenyataan Media NGO Dayak PEDAS 8/4/2015.
Majlis Makan Malam Pra Gawai Dayak Anjuran NGO Dayak PEDAS Miri pada 23 Mei depan.

Miri: Majlis Makan Malam Pra Gawai Dayak anjuran NGO Dayak PEDAS Miri akan diadakan di Boulevard Restuarent pada 23 Mei ini jam 7 malam.

Pengerusi Jawatankuasa penganjur Sdr Beginda Minda berkata majlis yang julung kali di adakan oleh sebuah NGO yang masih baru seperti PEDAS akan bertemakan “DAYAK DAHULU,KINI DAN SELAMANYA’’.
Tetamu kehormat ataupun “Tuai Pengabang” majlis itu ialah Yang Berhormat ADUN Krian YB Ali Biju,
Majlis makan malam Pra Gawai ini adalah untuk mengeratkan silaturahim serta perpaduan kalangan masyarakat Dayak di Sarawak khususnya di Miri.

Sebanyak 50 meja disediakan pada majlis itu dijual dari harga RM500, atau RM50 bagi setiap tiket.
Tiket meja itu dijual kepada orang ramai mulai awal April lepas dan setakat ini sambutannya sangat menggalakkan, setakat hari ini kita telah menjual 35 meja dan hanya tinggal 15 meja lagi, namun jika permintaan masih tinggi pihak penganjur akan menambah sehingga 10 meja lagi, kerana kita difahamkan pihak Boulevard Restaurent dapat memperuntukkan sehingga 60 meja kepada pihak penganjur,

Pelbagai persembahan kebudayaan akan diadakan, antaranya tarian tradisonal seperti ngajat, persembahan-persembhan dari Gabungan NGO Dayak Miri, cabutan tiket Bertuah,persembahan ‘live band’,karaoke, Suara Emas dan banyak lagi bagi memeriahkan Majlis Pra Gawai pada malam itu.

Bagi mereka yang ingin turut bersama bagi memeriahkan Majlis ini nanti jualan tiket masih lagi dibuat dan boleh di dapati daripada Ahli Jawatan Kuasa Penganjur seperti berikut;

1.    John Nelson – No Hp. 016-608 4420
2.    Kelvison Kip – No Hp. 019-877 5988
3.    Bill Kayong – No Hp. 019-874 5020


Terima Kasih
En. Beginda Minda
AJK Penganjur Pra Gawai
NGO Dayak PEDAS Miri.

No comments

Blog ini Dofollow dan Auto Approve Sila tinggalkan komen anda untuk mendapatkan back link PERCUMA atau baca "Syarat Mendapatkan Backlink " untuk keterangan lanjut

Powered by Blogger.