Syarat Kelayakan Permohonan SARA 1 Malaysia

Syarat - Syarat memohon SARA 1 Malaysia

  • Permohonan Skim Sara 1Malaysia ini terbuka warganegara Malaysia berumur antara 18 hingga 58 tahun
  • Pendapatan kasar isi rumah pemohon mesti berada dilingkungan antara RM500 hingga RM3,000. Bermakna di sini, jumlah pendapatan kasar suami dan isteri mesti tak lebih RM3,000. Jelas?
  • Pemohon tidak pernah muflis sepanjang tempoh pembiayaan pinjaman
  • Pemohon dan/atau pasangan tidak memiliki pelaburan di dalam mana-mana unit amanah ASNB ATAU; sekiranya ada, jumlah pelaburan terkumpul bersamaan atau kurang dari RM10,000
  • Pemohon dan /atau pasangan tidak menerima bantuan dari skim-skim khas lain Kerajaan yang diuruskan oleh ASNB seperti Program Bantuan Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT), ASB Sejahtera dan ASW 2020 Bandar
  • Hanya salah seorang isi rumah yang layak memperolehi pembiayaan pinjaman
  • Permohonan diluluskan bagi pinjaman di satu bank sahaja

Ada 2 pilihan di sini iaitu samada melalui pinjaman ataupun pelaburan tunai daripada simpanan anda sendiri untuk membuat pelaburan dalam skim Sara 1Malaysia ini:

  1. Gaji bawah RM3,000 – buah pinjaman RM5,000
  2. Bulan-bulan dapat RM134 (pulangan tetap) daripada pelaburan RM5,000 pelaburan yang anda buat pinjaman
  3. Bayaran bulanan untuk pinjaman sebanyak RM5,000 yang dilakukan terhadap mana-mana institusi kewangan adalah sebanyak RM84
  4. Pendapatan bersih setiap bulan adalah sebanyak RM50 (RM134-RM84)

SARA 1 Malaysia

atau….

  1. Bayaran tunai RM5,000 kepada kerajaan sebagai pelaburan
  2. Pendapatan bulanan bersih adalah sebanyak RM134 (pulangan tetap) selama 5 tahun
  3. Bermakna pelabur boleh untung, sehingga 2.68% sebulan

tandatangan

No comments

Blog ini Dofollow dan Auto Approve Sila tinggalkan komen anda untuk mendapatkan back link PERCUMA atau baca "Syarat Mendapatkan Backlink " untuk keterangan lanjut

Powered by Blogger.