Bacalah kalau kita kawan !!!

Kata mak,
Kawan itu ibarat lebah,
habis madu sepah dibuang

Kata abah,
Kawan itu umapama bunga ros,
dipandang cantik dipegang sakit.

Kata atuk,
Kawan itu bak bulan
dipuja dan disanjung tapi nun jauh disana

Kata saudara,
kawan itu macam makanan
kawan makan kawan!

Kata abang,
kawan itu seperti lembu
mengikut saja apa dikata.

Kata kakak,
kawan itu tak ubah macam durian
bau saja busuk tapi sedap dimakan.

Kata adik,
kawan itu macam biskut
sekejap ada sekejap tak ada.

Kata aku,
kawan itu tak kisahlah macam mana
walaupun dia ibarat lebah, umpama bunga ros,
seperti air, bak bulan seperti lembu,
tak ubah macam biskut dan macam durian ...
dia tetap kawan...
tau tak apa sebabnya apa?
sekali aku dah kawan dengan dia
selamanya dia akan tetap kawan aku ...

Dan apa pula kata kau ??? 


Sekian,
tandatangan

No comments

Blog ini Dofollow dan Auto Approve Sila tinggalkan komen anda untuk mendapatkan back link PERCUMA atau baca "Syarat Mendapatkan Backlink " untuk keterangan lanjut

Powered by Blogger.