2nd Google adsense Payment Cash Out

Salam sejahtera buat pembaca yang dihormati sekalian.Maaf kan Chris kerana sejak akhir2 ini lama tak update content di chris blog ni.Untuk makluman semua sebenar nya Chris berada di offshore selama ini dan terasa malas nak update blog.

Pada 28.7 – 24.8.2011 chris berada di Bokor-A platform untuk projek Power Generator Upgrade dan balik selepas 28 hari berada di sana. Pada 28.8 – 24.9.2011 Chris pula turun ke semenanjung di Puteri platform untuk Hook-up & Commissioning of Puteri Restoration Oil Project.

Baik lah,sebenar nya pada entry kali ini. Chris ingin berkongsi dengan anda semua berita gembira dengan anda pembaca semua. Untuk makluman, sebenarnya Chris baru saja cash out Google Adsense Payment buat kali kedua pada pada 26.9.2011 yang lepas.hehe... tak lah banyak mana cuma USD 128.06 sahaja.dan untuk yang pertama dahulu Chris menerima sebanyak USD 104.09.Dan chris bersyukur kepada Tuhan di atas pemberian ini,meskipun mungkin ianya tak bernilai buat segelintir dari anda.

2nd Payment      

1st Payment



Bukan niat Chris nak tunjuk riak, apalagi nak menunjuk-nunjuk. Sebenarnya Chris ingin nasihatkan disini, dari pada kita membuang masa berjam-jam kat facebook atau sosial networking yang lain baik kita buat kerja-kerja yang berfaedah di internet untuk mencari pendapatan sampingan. Di Internet Bukan sahaja Google Adsense, malah di Malaysia sahaja terdapat banyak lubuk duit contohnya Nuffnang,Churp-Churp, Say.my dan banyak lagi.

Oh ya..hampir terlupa pulak Chris.. so buat anda pembaca yang berminat untuk mempelajari ilmu Google Adsense. Anda boleh lawati link ini Percuma Ebook "The Adsense Secret" (Versi Indonesia), kerna Chris telah dengan murah hati menghadiahkan ebook the Adsense Secret ulisan Joel Comm dan telah di terjemahkan ke bahasa Indonesia khas buat anda pembaca yang di kasihi semua.

Thank...

tandatangan

No comments

Powered by Blogger.