Nuffnang Di Godam Hacker GAYSEC

Nufnang Di Hacking Gaysec jpg


Salam hormat para hacker dan pengodam semua tak lupa juga buat para blogger dan pembaca setia blog Chris ni. Pagi tadi Chris sempat nak login ke akaun nuffnang, tapi buka je lain macam benda yang keluar, tak puas hati buka lagi, tapi masih mengalami hal yang sama. Tapi Chris tak ambil pusing sangat hal macam tu, mungkin server nuffnang down agak nya.

Tengah hari ni waktu chris blogwalking baru lah tahu, gempar seMalaysia mengatakan yang laman web nuffnang ni dah kena hack oleh hacker yang menggelarkan diri mereka GAYSEC. Wah hebaat hebat.. tapi Hacker GAYSEC ni baik tau.. mereka cuma sekadar ingin mengingatkan webmaster Nuffnang agar merka lebih berhati-hati dalam menguruskan data, dan hacker yang baik hati ni memberitahu pihak Nuffnang bahawa laman web nuffnang itu tidak selamat. Hacker ni cuma risau jika suatu hari nanti ada seseoarang yang dapat memasuki ke dalam server(pelayan) nuffnang dan manipulasikan antara servis pengiklanan nuffnang untuk melepaskan virus dengan menggunakan iframe dan skrip javascript yang telah tertanam di dalam setiap laman web yang melanggan iklan servis Nuffnang. Dan tambah hacker tu lagi mereka juga khuatir kalau nanti laman sesawang Nuffnang itu di jadikan sasaran untuk mengembangkan virus koobface yang menyerang facebook saat ini


Pesan Hacker Untuk WebMaster Nuffnang

Kami cuma mahu memberi kesedaran terhadap sistem admin dan web master itu
tentang keselamatan laman web sendiri, sebelum menuduh dan menyalahkan kami,
sila gunakan kepandaian atau duit anda untuk mengupah sesiapa sahaja yang
memberikan servis "security pentest" di malaysia ini, kami rasa terlalu
banyak syarikat yang membuat servis "security pentenst" bagi menyemak dan
melakukan pengimbasan terhadap keselamatan sesuatu sistem dan laman sesawang itu.

Nah Sedar lah wahai Nuffnang. Jangan lah kedekut sangat dalam bab yang sebegini ini untuk memberi lebih kepercayaan kepada pihak pengiklan, jaga reputasi Nuffnang tu.
Bagi user Nuffnang macam Chris ni apalah nak dihiraukan sangat, Nuffnang kena Hack ke kena godam ke kena condem ke? pendapatan dari nuffnang ads pun ciput je, memang tak mengharap pun nak kaya dengan Nuffnang ni. Jumlahnya pun cuma berdasarkan jumlah orang yang klik iklan tu..lain kali bagi lah bonus yang gede gede buat para user nuffnang supaya orang tak hacking laman web Nuffnang lagi. Nasib baik kena hack ngan Hacker GAYSEC ni kalau Anymous? Heheh..

Salam Hacker !!!

tandatangan

No comments

Blog ini Dofollow dan Auto Approve Sila tinggalkan komen anda untuk mendapatkan back link PERCUMA atau baca "Syarat Mendapatkan Backlink " untuk keterangan lanjut

Powered by Blogger.