Kenaikan Tarif Astro Mencanggahi Undang-Undang ?

Apa sudah jadi dengan kes ni..  menteri kabinet memutuskan bahawa Astro tidak boleh menaikkan caj bulanan nya sesuka hati sebelum mendapat kebenaran dari SKMM.
Datuk Seri Dr Rais Yatim berpendapat Astro tidak sepatutnya menaikkan sebarang tarif berkaitan perkhidmatan mereka.

“Saya telah bersetuju untuk SKMM tidak membenarkan kenaikan sebarang tarif kecuali ia diluluskan mengikut kadar yang berpatutan dan mengikut lunas undang-undang,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat pasca kabinet di Angkasapuri.

Beliau berkata, setakat ini, Astro didapati melanggar undang-undang sedia ada berdasarkan notis awal kenaikan yang diedar kepada pelanggannya.

“Notis yang dikeluarkan oleh Astro itu nampaknya mencanggahi undang-undang yang ada di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. Oleh itu, saya telah mengarahkan SKMM untuk mengambil tindakan sewajarnya memberitahu Astro untuk tidak meneruskan kenaikan sehingga suatu masa yang lebih sesuai untuk dilaksanakan demikian,” katanya.

Sumber: Utusan Borneo

Astro



Nah sekarang heboh di pelosok tanah air memperkatakan kenaikan tarif baru Astro. Ada juga yang menyeru agar semua pengguna Astro agar memboikot syarikat berkenaan malah ada yang tunjuk perasaan supaya tidak membayar bil Astro selama 3 bulan. Memang jika dilihat dari segi rasional nya memang tidak patut pihak Astro menaikkan kadar tarif nya sesuka hati.Bagi Chris ini bukan kenaikkan yang pertama.kerana sebelum ini Astro pernah menaikkan tarif perkhidmatan nya tanpa sebarang notis mula mula dulu Chris hanya membayar Rm44.90 sebulan kira-kira setahun yang lepas Chris membayar  Rm 69.95 sen tanpa ada menambah pakej tertentu. Tapi Chris masih berdiam, kira beberapa hari yang lepas Chris menerima surat dari Astro tentang tarif baru perkidmatan nya..Waduh

Note: Mari kita ramai-ramai hantar surat bantahan kepada pihak Astro"

No comments

Blog ini Dofollow dan Auto Approve Sila tinggalkan komen anda untuk mendapatkan back link PERCUMA atau baca "Syarat Mendapatkan Backlink " untuk keterangan lanjut

Powered by Blogger.