BERSIH 2.0 - Tangkapan pertama di Sarawak

BERSIH 2.0

Polis Miri semalam  (4 Julai 2011) menahan Exco Angkatan Muda Keadilan (AMK), Zulhaidah Suboh di Lapangan Terbang Miri kerana memakai baju –T berwarna kuning dengan tulisan BERSIH yang dipercayai mempromosikan perhimpunan haram itu yang di jadualkan  pada 9 Julai ini, dengan ini menjadikan  ianya sebagai tangkapan yang pertama di Sarawak.

Zulhaidah  Suboh yang  baru tiba di Lapangan Terbang Miri sekitar jam 1.40 petang semalam,  telah ditahan dan disoal siasat sebelum dibawa ke Balai Polis Pusat Miri pada jam 3.15 petang.

Ling Sie Kiong , ADUN Piasau, yang bertindak sebagai peguam Zulhaidah turut mengesahkan mengenai penahanan beliau,  ketika ditemui di Balai Polis Pusat Miri

Menurut peguam  itu ,  Zulhaidah akan dihadap ke Mahkamah Majistret jam 8.30 pagi ini untuk ditahan  reman. - Sumber : utusan Borneo


Note: Blog Ini Do Follow dan Auto Approve, Sila tinggalkan komen anda disini. Setiap link yang keluar dari blog ini akan mendapat hadiah Backlink Percuma."

No comments

Blog ini Dofollow dan Auto Approve Sila tinggalkan komen anda untuk mendapatkan back link PERCUMA atau baca "Syarat Mendapatkan Backlink " untuk keterangan lanjut

Powered by Blogger.