Percuma Ebook "The Adsense Secret" (Versi Indonesia)

Entah apa mimpi aku malam tadi sampai aku begitu bermurah hati hari ini dengan menghadiahkan ebook yang cukup bernilai buat seorang penggiat adsense seperti aku secara PERCUMA khas buat pembaca chris blog yang tersayang.

Sebenarnya ebook ini dah chris download kira – kira 3 bulan yang lepas. Pada awalnya memang tak terniat langsung untuk membahagikan kepada orang lain. Dalam hati chris biar padan muka korang tak merasa duit adsense hehe..tapi tak tergamak pulak. Kerana rasa bersalah pulak kalau Chris tak berbagi ilmu dengan korang semua. Kata orang tua “ Berbagi ilmu itu bukan bermakna kita akan kehabisan/kehilangan ilmu, melainkan semakin bertambah lah ilmu yang kita ada”.

Untuk pengetahuan semua asalnya ebook ini di beri nama “The Adsense Secret” di tulis oleh pro adsense iaitu Joel Comm dan telah di terjemahkan ke bahasa Indonesia oleh saudara Syafruddin Hasani. Isi Kandungan ebook ini merupakan yang terbaik dari lain-lain ebook adsense yang pernah Chris baca sebelum ini. Berkat dari ebook ini juga pedapatan adsense Chris mula meningkat sedikit demi sedikit. Walaupun tak sebanyak mana, tapi untuk bil broadband kira lepas lah. Hehe.

So untuk tidak membuang masa korang semua dengan celoteh Chris yang mengada-ngada teruskan KLIK DISINI untuk mendownload ebook tersebut tanpa perlu mengisi opt in form. Tapi kena ingat jugak lepas download, klik lah butang like kat bawah tu atau setidak-tidaknya follow lah blog chris sebagai tanda terima kasih korang kepada Chris yang bersusah payah upload ebook tersebut dengan broadband cap kura-kura ni. Hehe.
Sekian

2 comments:

  1. tq chris kerana kongsi info ni.. permohonan google adsense saya baru 3hari diluluskan,harap tips ni dapat membantu saya nanti..blog adsense saya

    ReplyDelete
  2. Sama-sama Mr.Paktam. semoga tips dan info di dalam ebook berkenaan dapat membantu Mr.Paktam menambahkan lg earning adsense Mr.Paktam

    ReplyDelete

Powered by Blogger.